web 2.0

:: Muqaddimah ::



Perubahan diri dalam aspek fizikal, mental dan emosi ketika usia meningkat dari kanak-kanak kepada remaja merupakan suatu fitrah yang sememangnya dikurniakan oleh Allah swt. Perubahan ini akan lebih ketara apabila seorang remaja itu mula memasuki usia baligh. Barangkali ramai di kalangan kita yang memandang enteng tentang perubahan memasuki usia baligh ini. Usia baligh adakalanya berlalu begitu sahaja khususnya bagi seorang anak lelaki. Sebahagian remaja usia baligh sekadar perubahan fizikal tanpa diiringi dengan sifat kematangan bersedia menerima tanggungjawab dan penambahan amal dalam kehidupan.
Justeru remaja perlu dilengkapi dengan tips dan persediaan dalam meniti usia baligh. Ibu bapa pula merupakan guru utama yang perlu memberi bimbingan. Akhirnya remaja perlu menyedari tanggungjawab mereka kepada Allah SWT dan rasulNya. Secara tidak langsung MUB dilakasanakan bagi menangani gejala sosial remaja yang semakin bermaharajalela di negara kita.
Sehubungan dengan itu, Kelab Remaja IKRAMTeens telah menginisiatifkan sebuah program yang diberi nama Meniti Usia Baligh (MUB) bertujuan untuk membimbing remaja memahami, menghayati dan menghargai usia baligh yang sedang mereka lalui. Program ini direkabentuk dengan kehadiran kedua-dua pihak anak remaja dan ibu-bapa di sesi penutup untuk memberi impak maksima kepada kesedaran tanggungjawab usia baligh.
Sekretariat remaja IKRAM Pusat
IKRAMTeens Pusat

:: Apa Kata Anda ::

Followers