web 2.0

Thursday, April 22, 2010

:: Kem MUB::




Assalamualaikum wrt...

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, tuhan sekalian Alam. Baligh merupakan satu transisi dalam kehidupan kita, daripada kanak-kanak menuju ke alam dewasa. Ramai dikalangan kita yang akan mengingati tarikh LAHIR mereka, bahkan tarikh lahir rakan-rakan dan saudara-saudara dekat mereka. tetapi berapa ramai dikalangan kita ini yang ingat kepada TARIKH BALIGH mereka? Umumnya kita mengetahui bahawa tarikh BALIGH merupakan bermulanya kita akan dipertanggunjawabkan ke atas setiap amalan kita, maka, bagaimana kita boleh dan sanggup melupakan tarikh keramat ini.

Justeru itu, Kelab Remaja IKRAMTeens WP akan menganjurkan sebuah Kem khusus untuk remaja 12 tahun ( Darjah Enam ) yang telah selesai menjalani UPSR.


PROGRAM :
Kem " Meniti Usia Baligh ( MUB 2011 ) "


TARIKH :
15 & 16 Okt 2011



MASA :
8pagi ( 15 okt ) - 12 tgh ( 16 Okt )



LOKASI :
King Fisher Resort, hulu langat.




SASARAN :
Remaja 12 tahun / Darjah Enam sahaja




PENDAFTARAN :
Hafiz Bai - 019 751 7051
Kak wae - 013 349 2571




TARIKH TUTUP :
10 Okt 2011



Terhad untuk 100 penyertaan sahaja...siapa cepat dia dapat....tunggu makluman seterusnya :-)

::Keperluan Peserta ::

- Pakaian utk 2 hari 1 malam

- alat Tulis

- pakaian outdoor sepasang


:: ATURCARA PROGRAM ::

DAY ONE

8.00pg : Pendaftaran Peserta
9.30pg : Minum pagi
10.00pg : Slot 1 – Riang Ria Aku Dewasa
11.45pg : Slot 2- Erti Satu Kedewasaan
1.00ptg : ISOMA
2.30ptg : MMK 1 – ( Aurat )
4.00ptg : Minum Ptg + Solat Asar
5.00ptg : cabaran remaja
6.30ptg : Khidmat Diri + Makan Malam
7.15ptg : Solat Maghrib + Halaqah Quran
8.30pm : Solat Isya
9.15pm : MMK 2 – ( Pergaulan )
10.30pm : Sebesar Zarah
11.15pm : Tidur

DAY TWO ::

5.30pg : bangun tidur
5.50pg : Solat Subuh
6.15 pg : Kuliah Subuh
7.00pg : riadah Pagi
7.30pg : Sarapan
9.00pg : MMK 3 – Hadas Besar ( Program Selari )
10.00pg : Oh Anak Ku telah Dewasa
11.00pg : Perkongsian & Penutup
12.00 tgh : Bersurai
* jadual utk Ibu Ayah ( Program Selari )
8.00pg : Pendaftaran & sarapan
9.00pg : Perkongsian MUB
10.00pg : Oh Anak ku Telah dewasa

** Ibu bapa perlu hadir pada hari kedua program. Untuk bersama dalam slot "Perkongsian MUB & Oh! Anakku Telah Dewasa "


:: Apa Kata Anda ::

Followers